'Seluruh kabinet berbohong untuk skandal Najib'

  • 9 years ago
ADUN Teja Chang Lih Kang menganggap skandal yang melanda negara hari ini adalah kerana seseorang individu, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih teruk, katanya, seluruh anggota jemaah menteri atau kabinet terpaksa berbohong bersama demi menyelamatkan Najib dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya.