Dr M: Hak Najib beri amaran kepada kabinet

  • 9 years ago
Mengulas tindakan Datuk Seri Najib Razak yang memberi kata dua kepada anggota jemaah menteri sama ada menyokong beliau berhubung kemelut 1MDB yang sarat hutang atau meletakkan jawatan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah hak perdana menteri untuk berbuat demikian.

Katanya, semasa menjadi perdana menteri, beliau juga menggugurkan anggota kabinet yang tidak bersetuju dengan dirinya tetapi mengambil mereka semula apabila mereka bersetuju dengannya.