Sarawak Report penjajahan baru British, kata NGO

  • 9 years ago
NGO mesra BN Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin hari ini menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur meminta kerajaan negara itu supaya bertindak ke atas editor portal Sarawak Report, Claire Brown kerana mencampuri urusan politik Malaysia.

Dengan ditemani kira-kira 10 ahlinya, Ketua Hal Ehwal Bumiputera, Mohd Faizan Alias berkata, cukup sekali negara ini dijajah Inggeris dan tidak mahu mereka mencampuri urusan negara ini.