AirAsia sedia penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina

  • 4 years ago
AirAsia menawarkan penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap bagi memenuhi permintaan pelanggan dengan penerbangan antara 21 hingga 31 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina.

Tambang ditawarkan syarikat berkenaan kepada pelanggan bermula dari RM149 bagi laluan Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu dan Miri serta laluan Johor Baharu ke Sibu.

Selain itu, RM169 dikenakan untuk laluan sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke dua destinasi sama ada Sandakan atau Tawau.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan berbesar hati AirAsia mengambil inisiatif berkenaan bagi membantu rakyat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ, dekat sini, hari ini.

Recommended