Rafizi nafi jadi dalang Sarawak Report

  • 9 years ago
Setiauasaha Agung PKR Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang yang memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan skandal 1MDB.

Rafizi dalam satu kenyataan media berkata, beliau tidak mengenali dan berhubung dengan individu bernama Lester Melanyi yang membuat dakwaan berkenaan.

Melanyi menerusi sebuah video yang dimuat-naikkan di Youtube mendakwa pernah bekerja untuk Sarawak Report dan menuduh Rafizi menjadi dalang serta memberi arahan untuk memfitnah Najib.