Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Pakar Perubatan Awam di IMU University, membincangkan cara Malaysia mengekalkan kelebihan dalam pelancongan perubatan di tengah persaingan kuat dari negara jiran. Beliau juga mengulas tentang pertumbuhan sektor kesihatan, penggunaan teknologi dalam perubatan, dan strategi promosi yang sesuai untuk menarik pelancong perubatan dari Indonesia, China, dan Timur Tengah. Ikuti temubual eksklusif melalui panggilan telefon.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kita akan teruskan dengan perbincangan seterusnya untuk beritumpuan kepada sektor kesihatan.
00:05Pasaran pelancongan perubatan Malaysia dijangka berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 6.8% antara 2025 dan 2034.
00:16Didorong oleh penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, kos rawatan yang kompetitif dan sokongan kerajaan yang kukuh.
00:22Pemain utama dalam industri ini termasuk KPJ Healthcare Berhad, Pantah Hospital Group, Sunway Medical Center, Clinical Hospital, Prince Court Medical Center dengan Ramzir Samdabi Healthcare dan Makota Medical Center yang terus meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan perubatan.
00:40Dan kita membawakan tetamu untuk bantu kita fahami bagaimanakah kedudukan pelancongan perubatan di Malaysia setakat ini dan apa lagi yang boleh dilakukan kita untuk menambah baik dalam pelbagai aspek pengurusan dan juga pembangunan industri kesihatan.
00:54Saya mempersilahkan Prof. Dato' Dr. Syed Mohamad Al-Junid Syed Junid merupakan pakar perubatan awam IMU Universiti.
01:02Dato' terima kasih kerana sedih melakukan masa bersama kami pada jam ini.
01:05Pertama sekali, bagaimana Malaysia nak kekalkan kelebihan dalam pelancongan perubatan ini bila negara jiran macam Thailand, India dan juga Singapura pun tengah bersaing dengan kuat.
01:17Harga okey, rawatan pun bagus tapi realitinya cukup tak semua ini?
01:21Kalau kita lihat apa yang diberikan sebagai satu perkembangan tanpa 8% setahun, nilainya adalah sekitar 2.6 bilion ini yang dilaporkan nilai daripada international tourism kita dan health tourism kita.
01:45Jadi biasanya apa yang berlaku adalah tarikan kepada south tourism ke negara kita ini disebabkan oleh kos rawatan yang tinggi, yang air rendah dibandingkan dengan yang lebih tinggi di negara jiran seperti misalnya di Indonesia, Thailand dan juga negara-negara lain.
02:08Yang kedua adalah kita mempunyai doktor yang mempunyai tahap kepakaran yang tinggi.
02:14Tetapi ini sekarang ya, pada masa hadapan keadaan akan mungkin berubah.
02:19Ini disebabkan oleh pertama kalau kita lihat dari segi, kalau kita katakan kos rawatan.
02:23Kos rawatan kita rendah terutama sekali harga ubatnya.
02:27Harga ubat kalau kita bandingkan dengan Indonesia misalnya, harga ubat di negara kita jauh lebih rendah disebabkan kita tidak mengenakan cukai yang tinggi.
02:35Manakala di Indonesia dan juga negara lain, mereka mempunyai nilai cukai yang mengenakan cukai yang tinggi untuk ubat dan juga untuk peralatan perubatan.
02:44Ini adalah kelebihan yang ada daripada di dalam negara kita yang menyebabkan pelancong perubatan ini datang untuk mendapatkan rawatan.
02:52Tetapi kita harus ingat bahawa sektor swasta, sektor kesehatan atau hospital swasta di negara kita ini juga berkait lapat dengan sistem kesehatan awam.
03:03Kerana kita tahu bahawa hampir 25 ke 30% daripada jumlah katil adalah berada di sektor swasta dan juga hampir 70% daripada pakar-pakar kita berada di sektor swasta.
03:19Dan penduduk tempatan juga memerlukan rawatan mereka dan sekarang sudah ada usaha-usaha untuk memastikan bahawa rawatan yang diberikan kepada sektor swasta ini boleh diakses oleh masyarakat tempatan.
03:35Jadi kita tidak mahu kalau sekiranya kita memberikan tumpuan terlalu banyak, saya inginkan sektor swasta ini cuma memberi tumpuan kepada pelancong perubatan sahaja dan tidak mempunyai ruangan untuk penduduk tempatan menggunakan perkhidmatan mereka.
03:52Itu yang pertama. Yang kedua adalah dalam negara kita sekarang kita menghadapi beberapa masalah dari segi dan sektor swasta termasuklah masalah penghijrahan pakar-pakar kita dan doktor-doktor kita ke luar negara.
04:04Begitu juga dari segi bilangan jururawat kita yang berhijrah untuk bekerja di luar negara.
04:10Ini akan memberikan kesan kepada health turism kita kerana sektor perubatan swasta kita memerlukan pakar-pakar ini.
04:19Jadi in long term, jangka masa yang panjang agak menjadi suatu cabaran besar untuk memastikan ianya dapat disustankan dalam long term.
04:29Satu perkara lagi yang kita ingat bahawa obat yang kita masuk kita beli untuk kegunaan penduduk tempatan ini oleh kerana ianya murah maka pelancong-pelancong perubatan ini datang ke Malaysia mendapat rawatan di sektor swasta dan kemudian mereka membeli obat dalam volume yang banyak dan membawa balik ke negara mereka.
04:48Ini jelas sekali kalau kita lihat apa yang berlaku pada pelancong-pelancong di Indonesia yang masuk ke sini.
04:53Ini akan menyebabkan ubat pada masa hadapan, mungkinkah kita akan menghadapi masalah kekurangan ubat kalau terlalu banyak daripada ubat kita dijual kepada pelancong-pelancong perubatan ini dengan harga yang tinggi.
05:08Dan ini mengurangkan kemungkinan penduduk kita mendapat akses kepada ubat-ubat yang mahal-mahal yang mungkin diperlukan untuk rawatan-rawatan seperti penyakit kanser, penyakit diabetes dengan komplikasi dan sebagainya.
05:22Jadi itu merupakan di antara cabaran-cabaran pada masa hadapan yang mungkin menjadi suatu perkara yang harus kita fikirkan.
05:29Implikasinya dari segi perkhidmatan kesehatan awam yang disebabkan oleh tumpuan perkhidmatan kesehatan swasta ini kalau diberikan terlalu banyak tumpuan untuk memperkembangkan faktorizm ini.
05:44Dan betul tu Datuk, kalau kita lihat pada perkara ini, ini adalah antara satu jangkaan ataupun juran yang baik terhadap perubahan sektor pelancongan perubatan untuk memberi kualiti yang terbaik.
05:56Menarik lagi pesakit-pesakit daripada luar negara untuk berima perkhidmatan kualiti.
06:00Tapi penting untuk kita lihat pada jangka masa panjang bagaimana untuk kita memasihkan kelas harian terhadap sektor perubatan itu sehingga ia tidak hanya tertumpu iaitu perkhidmatan kesihatan yang sangat berkualitas.
06:14Kepada pesakit luar sahaja, tapi bagaimana untuk kita seimbangkan rawatan perubatan itu kepada pesakit domestik juga pada masa ataupun tempoh jangka panjang.
06:23Dan sudah tentu kita lihat ia dijangka untuk berkembang 68% setiap tahun sampai 2034.
06:31Tapi kita nak pastikan pertumbuhan ini betul-betul berterusan dan bagaimana supaya kita nak lihat sektor kesihatan ini kekal kukuh dan tak goyang apabila ekonomi tak menentu
06:42ataupun ada krisis kesihatan global seperti apa yang berlaku pada waktu yang kita lihat sangat gentil pada waktu pandemik COVID-19?
06:49Jadi salah satu perkara lagi adalah dari segi teknologi yang digunakan oleh hospital tersuasa.
06:57Ini harus terus ditingkatkan dari masa ke semasa dan juga penggunaan IT misalnya seperti elektronik medical record
07:06menggunakan card information system atau informasi sistem maklumat yang lebih canggih supaya ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan juga mudah untuk melakukan follow up.
07:20Satu perkara lagi yang harus kita ingat juga apabila kita cakap dengan hak turism ini adalah
07:24satu kaedah yang harus dilakukan supaya kita dapat mengawal penyalahgunaan visa rawatan
07:32ada dilaporkan dalam beberapa bulan lalu ada beberapa mungkin segelintir daripada mereka menggunakan visa rawatan ini
07:40sebagai satu kaedah untuk masuk ke negara ini dan mereka kemudiannya bekerja di sini.
07:44Jadi saya rasa pihak immigration harus ambil tindakan supaya ini tidak berlaku kerana ada pihak yang menyalahgunakan perkara ini.
07:51Jadi itulah di antara perkara-perkara yang saya rasa perlu kita pertingkatkan supaya kalau kita nak pastikan
07:57hak turism ini merupakan suatu daripada kaedah untuk meningkatkan pendapatan negara pada masa yang pertama
08:06tidak memberikan kesan negatif kepada sistem keadaan negara kita secara meluas.
08:11Dan sekarang ini banyak bercakap pasal teknologi perubatan, wearable devices dan sebagainya.
08:18Apa langkah yang Malaysia tengah ambil untuk pastikan servis macam ini betul-betul boleh tarik pelancong perubatan asing?
08:26Ya, teknologi perubatan merupakan satu kaedah yang boleh menarik pelancong untuk datang.
08:31Tetapi kita harus ingat bahawa tidak semua teknologi kesihatan ini yang baru ini boleh memberikan kesan yang positif.
08:38Jadi kita harus memilih yang mana yang kos efektif saja yang akan kita gunakan.
08:45Jadi perkara ini perlu kita lakukan dengan sepi inci.
08:50Jadi kaedah untuk memastikan supaya segala teknologi teknologi baru yang biasanya mahal-mahal dari segi kosnya itu
08:58disaring dahulu, disemak dahulu apakah ia memberikan kesan yang positif barulah dilaksanakan.
09:05Kalau tidak ia akan merugikan negara kita, ia akan merugikan pesakit dan juga ini akan memberikan impak negatif dari segi persepsi mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan di negara kita.
09:18Kita tahu ada beberapa negara yang juga mengambil kesempatan memberikan rawatan-rawatan yang tidak diperlukan kepada pesakit.
09:26Bukan negara kita di laporan daripada sebuah negara jiran kita sehinggakan ada pesakit-pesakit pelancong yang datang untuk mendapatkan rawatan di tertipu disebabkan oleh penggunaan teknologi-teknologi yang mungkin tidak memberikan manfaat jangka panjang kepada pesakit.
09:41Dan kalau kita nak fokus, nak tarik pelancong dari Indonesia, China dan Timur Tengah, macam mana kita nak pastikan promosi itu sesuai dengan budaya dan keperluan mereka
09:51dari segi isu bahasa, persepsi kualiti, semua itu kan boleh jadi halangan, Datuk?
09:57Ya, kalau kita lihat dari segi isu bahasa dan sebagainya ini tidak menjadi masalah besar kerana masyarakat kita adalah masyarakat majmuk, kita ada doktor-doktor kita yang boleh bercakap
10:07dalam bahasa, menggunakan bahasa-bahasa yang pelbagai dan bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling kerap digunakan.
10:15Jadi, perkara-perkara ini bukan merupakan satu masalah besar dari komplikasi.
10:19Pada masa yang sama juga, industri pelancong kita juga merupakan satu industri pelancong-pelancongan yang mendapat perhatian daripada pelancong-pelancong luar negara.
10:30Kita mempunyai sistem yang baik, kita mempunyai hotel-hotel yang baik dan sebagainya.
10:35Dan ini merupakan satu perkara yang harus kita pertahankan supaya pelancong ini saya datang untuk mendapatkan perubatan, mereka juga akan berada di sini untuk melancong di tempat-tempat.
10:46Sebagai ini, memberikan pendapatan yang lebih tinggi kepada sektor ini secara tidak langsung.
10:52Kita katakan sebagai spillover efek kepada industri pelancongan secara keseluruhan.
10:56Dan kita harap bergerak ke hadapan, kita dapat terus membina daya tahan yang kukuh untuk sektor kesehatan dalam menghadapi apa juga cabaran daripada segi
11:07kalau kita lihat cabaran harga, rawatan, bukan sahaja di peringkat domestik tapi kita dapat memenuhi juga keperluan di peringkat global.
11:14Sekali lagi, saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Syed Mohamad Aljunit, Syed Junit,
11:19merupakan pakar perubatan awam IMU University dan setiap perbincangan ini akan kami rangkumkan dalam astrawani.com dan di semua platform digital Astrawani.
11:26Terima kasih telah menonton!