Syaff Shukri bawakan perkembangan rundingan tarif timbalas balas Trump oleh delegasi Malaysia yang kini berada di Washington.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Delegasi Malaysia hari ini akan meneruskan perbincangan bersama pihak berkepentingan dan pemain industri di Washington DC mengenai tarif timbal balik yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap Malaysia.
00:11Antaranya pertemuan bersama Amazon Web Service, Brookings dan Heritage Foundation.
00:17Syaf Syukri di Washington DC ketika ini ada perinciannya.
00:21Syaf, apa yang boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia yang menantikan hasil daripada rundingan yang dibawa delegasi Malaysia di Amerika Syarikat?
00:27Teruskan dengan laporannya.
00:30Terima kasih Irfan di Bukit Jalil.
00:34Irfan, saya dan juru kamera Nur Fahmi Madazahar berintas secara langsung dari Washington DC untuk waktu deketika ini Irfan.
00:41Dan ini merupakan hari kedua perjalanan delegasi Malaysia dan dijangka akan bertemu dengan beberapa pihak berkepentingan lain seperti Irfan telah nyatakan tadi antaranya Amazon Web Service di mana kami sendiri akan berada di sana jam 11 pagi waktu tempatan insyaAllah.
00:54Dan semalam Irfan hari yang panjang selepas menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur selama 22 jam.
01:00delegasi Malaysia tidak menunggu lama untuk terus mengadakan pertemuan bersama dengan 5 wakil berkepentingan Amerika Syarikat untuk membincangkan mengenai usul tarif timbal balik yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump pada awal April lalu.
01:13Dan semalam Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang merupakan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri berkata kepada saya sendiri bahawa pertemuan antara lain melibatkan pertemuan delegasi Malaysia bersama dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat dan juga wakil dari Google sendiri.
01:28dan semalam saya juga sempat bertanya dengan Tengku Datuk Seri Zafrul antara suara Malaysia yang dibawakan oleh beliau dalam setiap pertemuan yang diatur bersama dengan pihak-pihak berkepentingan di Amerika Syarikat termasuk dengan apa yang bakal diusulkan, apa yang akan dibincangkan dalam pertemuan bersama dengan wakil perdagangan Amerika Syarikat ataupun US Trade Representative USTR, Jameson Greyer.
01:55Dan antara fokus utama Malaysia semestinya pada waktu dan ketika ini Tengku Datuk Seri Zafrul berkata tidak ada sebarang perjanjian yang akan dimeterai dalam setiap pertemuan yang dianjur namun Malaysia akan terus membincangkan peranan Malaysia sendiri dalam isu rantaian bekalan global.
02:15Kita dengarkan apa kata Tengku Datuk Seri Zafrul semalam berkenaan dengan pertemuan dengan pihak Google dan juga Jabatan Negara Amerika Syarikat.
02:25Kalau kita lihat Malaysia dan Amerika Syarikat menurutkan satu groundingan yang baik dari segi pelaburan dan perdagangan dan yang disebut tadi juga rantaian bekalan.
02:40Terutamanya dalam sektor E&E, sektor cyberkonduktor di mana banyak syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang lokasinya di seluruh dunia termasuk Malaysia menggunakan Malaysia sebagai hub untuk ekspor kembali kepada Amerika Syarikat untuk finish goods.
03:02Kita buat dari segi terminologinya, intermediate goods dan sampai ke Amerika Syarikat produk itu akan disempurnakan.
03:11Jadi kita dalam rantaian bekalan ini kita ingin meyakinkan pihak Amerika Syarikat bahawa Malaysia dan Amerika Syarikat ini dia complement each other.
03:20Bukannya kita competing lagi dan apa yang kita dapat manfaat di Malaysia dapat juga diberikan manfaat itu kepada syarikat-syarikat di Amerika Syarikat.
03:34Dan semalam Mirfan kalau diikutkan 9 malam waktu Washington semalam ataupun 9 pagi waktu Malaysia awal pagi tadi sebenarnya saya juga bertanya kepada Tengku Zafrul bagaimana melihat kepada tempoh 90 hari yang diberikan oleh pentadbiran Amerika Syarikat sebelum tarif timbal balik yang diumumkan pada awal April lalu akan direalisasikan.
03:57Dan menurut Tengku Zafrul ia merupakan satu jangka masa yang singkat memandangkan Amerika Syarikat perlu bertemu dengan wakil setiap negara untuk mengadakan perbincangan mengenai masa depan sekiranya tarif itu direalisasikan ataupun berlaku sebarang pertukaran dalam polisi White House sendiri.
04:13Dan Tengku Zafrul juga menekankan secara spesifik bahawa dalam pertemuan seperti saya sebutkan tadi dalam pertemuan yang akan berlangsung sehingga 24 hari bulan ini Irfan tidak akan ada sebarang perjanjian yang akan dimeterai kerana ia merupakan satu permulaan kepada rundingan yang lebih mendalam di antara Kuala Lumpur dan juga Washington. Kita dengarkan penjelasan Tengku Zafrul di sini Irfan.
04:33Ya 90 hari itu tempohnya tak panjang dan pada masa yang sama banyak lagi negara lain yang juga terkesan jadi Amerika Syarikat perlu berunding dengan begitu banyak negara termasuklah Malaysia dalam tempoh yang begitu singkat.
04:48Pada masa yang sama kita telah datang sini awal untuk memberi keyakinan kepada Amerika Syarikat yang we are ready lah to engage.
04:57Proses ini dalam pertemuan saya dalam 2-3 hari ini kita tidak akan dapat memutamakan apa-apa perjanjian.
05:06Ini adalah titik permulaan kita bersama-sama dengan pasukan daripada Malaysia yang akan membuat rundingan dengan pihak Amerika Syarikat.
05:16Harapan kita ialah supaya industri kita, peng-export-peng-export kita tidak terkesan dengan tarif yang tinggi dan saya percaya dan kerana kolaborasi di antara Malaysia dan Amerika Syarikat ini
05:35dah selama 50 tahun, dah 50 tahun, kita dapat meyakinkan ke syarikat yang ini kita pelaburan dan peragangan di antara 2 hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat ini adalah win-win lah untuk kedua-dua negara.
05:51Baik, Fah, pastinya hari yang panjang lagi pada hari ini pastinya saya juga akan mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Menteri Pelaburan Peragangan dan Industri
05:59untuk kita melihat kepada kenyataan daripada IMF, International Monetary Fund yang menurunkan unjuran KDNK Malaysia kepada 4.1% untuk tahun 2025.
06:08Selain itu, kita juga akan mendapatkan respon ataupun reaksi segera daripada MITI sendiri berkenaan dengan tarif baru Amerika Syarikat ke atas import sel solar dan juga panel
06:18di mana Malaysia surut akan merasai kesan daripada pengumuman tarif baru yang akan diumumkan kelain Irfan.
06:24Ya, Syaf, kalau boleh satu soal ringkaslah berkenaan dengan apakah mood delegasi Malaysia ketika berada di Washington ketika ini.
06:32Adakah counterpart di Amerika Syarikat dalam keadaan bersedia untuk mendengar dan kita datang untuk memberikan perjelasan
06:38ataupun ini ialah satu pertemuan delegasi untuk rush over the door untuk pastikan bahawa mereka mendengar dan Malaysia mendesak
06:47supaya mereka mendengar apakah tuntutan dan tawaran kita dalam runding apakah tarif ini, Syaf?
06:52Baik Irfan, itu antara persoalan yang saya juga tertanya-tanya kerana kita nak tahu juga antara butiran perbincangan lain
07:01selain daripada menyatakan pendirian Malaysia terhadap isu kesepakatan yang dicapai oleh Washington dan juga Kuala Lumpur
07:07perkenaan isu ini walaupun belum ada sebarang respon secara, orang kata secara respon yang komprehensif untuk kita bawakan
07:15namun pastinya ya, delegasi Malaysia saya yakin akan terus bersedia selaras dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul sendiri
07:21untuk terus membekeruang kepada perbincangan kerana tidak ada perjanjian yang akan dimeterai sepanjang pertemuan ini berlangsung
07:28kerana pertemuan dan juga perbincangan ini akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai usul tarif Amerika Syarikat
07:34yang telah pun diumumkan kepada Malaysia sebanyak 24%
07:38dan juga Irfan, saya juga mungkin dalam kesempatan yang ada untuk beberapa hari ini kita akan melihat
07:44mungkin antara inisiatif Malaysia memandangkan beberapa negara di luar khususnya Korea Selatan dan juga Indonesia
07:50mengambil inisiatif untuk meningkatkan eksport LNG dan juga pesawat komersial daripada Amerika Syarikat
07:58mungkin itu juga mungkin boleh saya tanyakan kepada Tengku Zafrul pada sebelah petang ini
08:01apakah antara inisiatif lain yang mungkin boleh ditawarkan kepada Malaysia
08:04bagi mengimbangi defisit perdagangan yang berlaku di antara Malaysia dan juga Amerika Syarikat pada waktu dan ketika ini
08:10Irfan, jadi saya kira mungkin tidak ada soalan lain Irfan untuk waktu dan ketika ini?
08:14Mungkin terakhir, adakah maksud Syaf ada delegasi negara lain juga berada di Amerika Syarikat ketika ini Syaf selain daripada Malaysia?
08:24Okey, seperti yang kita tahu untuk waktu ini tidak ada laporan lanjut mengenai perkara tersebut
08:29namun beberapa negara telah hadir ke Amerika Syarikat untuk mengadakan perbincangan ini
08:33antaranya Jepun, Korea Selatan, India, Vietnam dan beberapa negara lain
08:37dan kalau tidak silap ya Irfan, wakil dari Jepun juga berkesempatan untuk mengadakan pertemuan langsung
08:44dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam pertemuan mereka bagi membincangkan isu tarif ini
08:49namun pastinya Malaysia kekal dengan pendirian untuk terus berbincang dan mencari jalan keluar yang terbaik
08:56untuk kedua-dua negara bagi memastikan ekonomi kedua-dua negara tidak terjejas
09:00dan bagaimana Malaysia mampu menyokong pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat
09:03dan bagaimana Amerika Syarikat juga mampu melakukan langkah yang serupa
09:07dalam memastikan keseimbangan pembangunan ekonomi dan juga pertumbuhan ekonomi global Irfan
09:11terima kasih