Menara Kuala Lumpur bakal dibuka kepada awam tidak lama lagi setelah ianya dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Perkembangan berikutnya, Menara Kuala Lumpur akan dibuka semula kepada orang ramai dalam masa terdekat.
00:06Menteri Komunikasi, Dato' Fahmi Fadhil, menjelaskan perkara itu telahpun dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
00:15Saya belum terima maklumat terkini secara rasmi dari pengurusan.
00:22dan permintaan saya kepada pihak pengurusan Kementerian Komunikasi adalah untuk pastikan bahawa Menara Kuala Lumpur dapat dibuka semula pada kadar segera.
00:35Ada beberapa aspek, kita tahu ia adalah struktur, sasaran penting, kawasan larangan, tempat larangan yang mengandungi Menara Pemanca.
00:45Aspek itu terus berfungsi dengan baik, tidak ada beberapa masalah.
00:49Manakala bagi orang awam, kita harap beberapa perkara yang telah dimaklumkan sebelum ini untuk ditambah baik dan diselenggara
00:58untuk memastikan keselesaan dan keselamatan bagi pengunjung dapat diatasi segera.
01:04Beliau menegaskan aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung akan menjadi keutamaan kerajaan sebelum pembukaan semula dilaksanakan.
01:12Menara Kuala Lumpur ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan serta penilaian keselamatan struktur
01:17manakala tarikh rasmi pembukaan semula akan diumumkan sebaik kerja-kerja berkaitan selesai dan diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan.
01:26Menara Kuala Lumpur merupakan antara ikon pelancongan utama ibu negara yang menerima kehadiran ribuan pengunjung setiap tahun.
01:33Terima kasih telah menonton!