Kundasang Aquafarm, cetusan idea usahawan muda Azizul Julirin, memberi fokus kepada kaedah akuaponik untuk menghasilkan sayuran selada - Green Coral Lettuce dan Red Coral Lettuce.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Sebut tentang kundasang terus terbayang pemandangan gunung ganang yang cukup memukau, suhu yang sejuk menjadikannya tempat yang cukup ideal untuk sektor pelancongan.
00:09Namun mungkin hanya segelintir mengetahui kundasang juga merupakan pusat pengeluaran sayur-sayuran yang cukup penting dengan menjadi pengeluar kobis terbesar di Sabah selain tomato dan strawberry.
00:20Astrawani baru-baru ini turun ke kawasan tersebut dan melihat operasi kundasang aquafarm yang mengamalkan sistem aquaponik untuk mengeluarkan dua jenis sayuran selada iaitu green coral lettuce dan red coral lettuce.
00:35Kami menggabungkan sistem tanaman ini, kami buat satu integrasi tanaman dan juga satu sistem ternakan ikan ataupun dikenali sebagai sistem aquakultur.
00:44Jadi dengan mengaplikasikan ataupun integrasi dengan ternakan tersebut untuk menjadikan satu sistem aquaponik, kita dapat jimat sedikitlah dari segi kos baja tersebut.
00:54Dalam masa yang sama juga yang saya boleh kongsikan, sebenarnya kita boleh dapat dua hasil dalam satu masa.
00:59Selain daripada kita dapat hasil tanaman, kita juga dapat hasil daripada kolam tersebut.
01:03Dengan ketinggian menghampiri 2,000 meter dari paras laut, kundasang aquafarm yang terletak di lering bukit menjanjikan pengalaman yang cukup indah bagi pengunjung dengan pemandangan indah dan suhu yang nyaman.
01:16Apatah lagi, lokasi tersebut turut menyediakan pemandangan puncak tertinggi Asia Tenggara Gunung Kinabalu yang hanya 6 km dari kundasang.
01:25Bagi pengasas dan pengarah urusan kundasang aquafarm, Azizul Julirin, beliau mahu membawa nafas segar dalam industri agro pelancongan di daerah Ranau.
01:36Saya memilih sektor agro pelancongan di kundasang ini kerana pertama saya memang anak jati kundasang.
01:43Sejak puluhan tahun yang lepas, antara pemain dalam industri agro pelancongan dan juga aktiviti ekonomi bernilai tinggi tidak dipelopori oleh penduduk tempatan.
01:54Kebanyakan tempatan ini hanya menanam sayur-sayuran tanah tinggi secara tradisional sahaja.
01:58Kami memilih kerana ini adalah tempat kami membesar dan kami mahukan supaya ada generasi baru yang boleh mengambil alih peranan ibu ayah membangunkan tanah ini
02:09tapi dengan cara yang lebih produktif, kreatif dan menguntungkan.
02:15Bertitik tolak daripada menyertai program agro perna muda pada 2016, Azizul Kini bukan sahaja pengusaha kebun modern berjaya,
02:25beliau juga boleh berbangga penglibatan kolektif dalam melatih lebih 2,500 usahawan tani.
02:31Malah beliau sendiri yang juga mengusahakan cafe dan pusat penginapan turut menyediakan latihan industri kepada graduan.
02:39Melalui agensi yang saya sentiasa berhubung dan saya bernaung di bawahnya seperti Jabatan Pertanian Negeri Sabah,
02:48mereka antara jabatan yang memberikan saya lebih banyak peluang untuk diangkat ke peringkat yang seterusnya
02:57dengan memberikan penganugerahan, memberikan kita akses kepada dana, akses kepada jaringan usahawan dan juga bimbingan
03:08serta peluang-peluang memperkembangkan perniagaan ke peringkat yang seterusnya.
03:13Dengan pendekatan strategik serta hubungan yang baik di antara kerajaan negeri dan persekutuan,
03:17maka usaha untuk melahirkan lebih banyak usahawan muda yang berbakti di daerah kelahiran sendiri
03:23boleh direalisasikan dengan jayanya.