Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera ASEAN 25 bersama saya Farhan Hakimi dan kita mulakan dengan laporan berikut.
00:12Indonesia negara yang begitu rentan dengan bencana memiliki pengetahuan dan pengalaman mendalam dalam aspek pengurusan bencana.
00:20Untuk rekod, Indonesia merupakan negara kelima tertinggi di dunia mengalami pelbagai bencana seperti letusan gunung berapi, tsunami, gempa bumi, banjir dan tanah runtuh serta kebakaran hutan.
00:33Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Syed berkata punca kuasa yang besar, kerangka undang-undang jelas serta penyelerasan yang kemas dan cekap
00:41memperlihatkan keupayaan Badan Penanggulangan Bencana Nasional BNPB menguruskan semua bentuk kecelakaan bencana sebelum, semasa dan pasca bencana.
00:52Koordinasi yang mantap ditunjukkan BNPB menggunakan data sains, teknologi dan pelaburan besar dalam meramalkan dan pencegahan bencana dapat mengurangkan korban nyawa dan kerugian harta benda
01:05akibat malapetaka bencana alam boleh dicontohi oleh Malaysia.
01:08Dan saya kagum dengan kesiapsiagaan yang ada di Al-Senter dan EOC.
01:18Nadma sebagai rakan pada BNPB merasakan bahawa banyak aspek yang boleh kita pelajari dan kita berkongsi informasi mengenai
01:35bagaimana kita boleh mengkoordinasikan semua aktiviti antara Nadma dengan BNVP.
01:45yang lebih penting kerana Malaysia menjadi pengurusi ASEAN, the ASEAN Chair for this year.
01:53Secara kebetulan berlaku gempa bumi di Myanmar dan Al-Senter telah mengambil tindakan beberapa minit selepas adanya maklumat atau informasi yang sampai ke Al-Senter.
02:12dan kami juga mengambil tindakan yang cepat di mana kebetulan berlaku peristiwa itu adalah pada satu syawal.
02:21Jadi Nadma mempunyai dedicated team atau team dedikasi yang kita kenali sebagai smart team yang kita hantar juga ke Myanmar.
02:35Gempa bumi bermagnetik 79 pada skala rikta itu melanda Myanmar pada 28 Mac lepas telah meragut 3,726 nyawa dan mencadakan lebih 5,100 orang manakala ratusan lagi hilang setakat 18 April.
02:52Menteri Pengangkutan Anthony Luke akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand bagi membincangkan usaha merealisasikan rangkaian kereta api Pan-Asia Park.
03:02Luke berkata pertemuan itu sekaligus memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor pengangkutan.
03:10Katanya pertemuan di Thailand itu susulan kepada perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya Betontan Sinawat di Bangkok baru-baru ini mengenai kerjasama di sempadan Malaysia Thailand.
03:22Ada, memang sudah sedih ada pun ada kerjasama antara KTMB dengan SRT, State Railroad Thailand, State Railroad of Thailand, SRT.
03:32Jadi kedua-dua operator memang ada kerjasama. Tetapi apa yang lebih penting ialah ada kerjasama dari segi G2G, kerajaan dengan kerajaan.
03:41Dari segi bagaimana kita nak melihat pembangunan yang lebih strategik landasan kereta api kita.
03:49Sebab kita tak nak melihat hanya landasan kereta api dari segi lensa domestik ataupun perspektif domestik sahaja.
03:57Jelas beliau kedudukan strategik Malaysia di rantau ini merupakan satu kelebihan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi membangunkan pertumbuhan ekonomi negara.
04:07Kepentingan strategik serantau dan ini kelebihan kita. Jadi kita mesti menggunakan kelebihan ini untuk membangunkan ekonomi kita.
04:18Jadi pelabuhan kita akan dapat berdaya saing, kita punya sektor rail boleh berkembang maju dan sudah pun memang ada kemudahan kita.
04:25Ada kita punya landasan kereta api. Sekarang ini kita mesti fully utilize.
04:30Beliau berkata demikian semasa sidang media Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan dan Raikan Kasih Madani di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Putrajaya pada Selasa.
04:41Mesyuarat pertama mekanisme dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan China-Indonesia 2 plus 2 diadakan di Beijing pada Isnin.
04:51Menteri Luar China Wang Yi, Menteri Pertahanan China Dong Jun bersama-sama Menteri Luar Indonesia Sugiono dan Menteri Pertahanan Indonesia Jafi Samsudin mempengurusikan mesyuarat tersebut.
05:02Wang Yi berkata di bawah bimbingan Presiden Xi Jinping dan Presiden Prabowo, China dan Indonesia menubuhkan dan melancarkan mekanisme dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan.
05:15Mekanisme 2 campur 2 peringkat Menteri Pertama yang ditubuhkan China dengan negara luar.
05:20Dong Jun berkata China bersedia bersama-sama Indonesia untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, membina corak kerjasama pertahanan dan keselamatan yang mempunyai kesaling percayaan strategik yang lebih kukuh, kerangka institusi lebih lengkap, koordinasi lebih tegap dan kemampuan lebih kuat untuk menghadapi cabaran.
05:42Sugiono berkata Indonesia bersedia bersama China untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, meningkatkan pertukaran lawatan di pelbagai peringkat, mempergiat kerjasama saling untung serta meningkatkan komunikasi dan koordinasi dalam rangka pelbagai halap.
05:58Bagi Sir Jafri, beliau berkata Indonesia juga bersedia bersama China untuk merapatkan kerjasama dalam sektor pertahanan, keselamatan maritim dan lain-lain serta memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.
06:12Kementerian Perdagangan Vietnam telah mengeluarkan arahan untuk membantras pemindahan barang secara haram ke Amerika Syarikat dan ruakan perdagangan lain ketika negara itu cuba mengelak tarif Amerika yang tinggi.
06:23Dalam dokumen yang diperoleh Reuters, arahan yang bertarikh dan rekod kuasa 15 April itu memberi amaran tentang penipuan perdagangan yang mungkin meningkat di tengah-tengah ketegangan susulan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat.
06:37Arahan itu tidak menamakan secara khusus mana-mana negara yang terlibat dalam penipuan.
06:43Bagaimanapun, Vietnam mengimport hampir 40% barangan dari China dan Washington secara terbuka menuduh Beijing menggunakan negara itu sebagai hub pemindahan kapal untuk mengelak duti Amerika Syarikat.
06:55Vietnam dikenakan 46% tarif timbal balik yang jika dilaksanakan boleh menjejaskan model pertumbuhan negara yang bergantung kepada eksport ke Amerika Syarikat dan pelaburan besar oleh pengeluar asing.
07:08Di bawah arahan itu, pegawai di Kementerian Perdagangan, Kastam dan agensi lain diminta mengukuhkan tata cara penyeliaan dan pemeriksaan ke atas barangan import untuk mengetahui asalnya, terutamanya bahan mentah yang diimport yang digunakan untuk pengeluaran dan eksport.
07:25Prosedur baharu yang lebih ketat akan dilaksanakan untuk memeriksa kilang dan menyelia pengeluaran label buatan Vietnam, terutama untuk perusahaan dengan peningkatan mendadak dalam bilangan permohonan untuk sijil asal.
07:3867%. That's tarif charged to the USA including currency manipulation.
07:45Rundingan perdagangan antara Thailand dengan Amerika Syarikat yang sepatutnya berlangsung pada 23 April ditangguhkan.
07:51Bagaimanapun, timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keuangan Pichai Chun Havajira yang mengetuai pasukan perunding Thailand belum memberikan butiran mengapa ia ditangguhkan dan jika tarikh lain sudah dipersetujui.
08:03Menteri Perdagangan Thailand, Pichai Narita Phan yang juga sebahagian daripada pasukan rundingan berkata,
08:12kerajaan berharap rundingan itu akan dapat membuahkan hasil kerana kedua-dua negara sudah lama menjalin hubungan dua hala yang baik.
08:19Thailand antara negara Asia Tenggara yang berdepan kadar tarif tertinggi selepas selebihan dagangannya dengan Amerika Syarikat meningkat lebih dua kali ganda
08:28kepada kira-kira 46 bilion dolar tahun lepas daripada kira-kira 7 bilion dolar pada awal penggal pertama Presiden Donald Trump.
08:35Perdana Menteri Thailand, Petontan Shinawad berkata,
08:39levy yang lebih tinggi daripada jangkaan ke atas perhantarannya ke Amerika yang juga merupakan pasaran eksport terbesar Thailand
08:46boleh mengurangkan sekurang-kurangnya satu mata peratusan pertumbuhannya tahun ini jika ia tidak dirundingkan.
08:53Thailand telah menawarkan untuk meningkatkan import komoditi Amerika Syarikat seperti Jagung, Gas Asli dan Ithena
08:59selain mengurangkan uniti import dan menghapuskan halangan bukan tarif untuk mendapatkan perjanjian.
09:04Negara itu juga berjanji melaksanakan pemeriksaan lebih ketat terhadap perangan yang dihantar ke Amerika
09:09untuk mengelakkan pemalsuan oleh pihak ketiga bagi mengelak tarif tinggi yang dihadapi mereka.
09:16Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand telah mengarahkan pihak berkuasa pelancongan Thailand, TAT
09:21untuk merombak pelan pemasaran pelancongan 2025 bagi menghadapi pasaran Asia yang turun 17% pada suku pertama.
09:29Menurut TAT, Thailand memperoleh 9.5 juta ketibaan antarabangsa pada suku pertama,
09:35berkembang 2% tahun ke tahun, menjana 471 bilion baht, peningkatan 7% tahun ke tahun.
09:43Walaubagaimanapun, pasaran utama Asia termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Vietnam
09:50menurun sebanyak 17% secara purata dalam tempoh tersebut disebabkan oleh penurunan keyakinan keselamatan di Thailand
09:57dan pengurangan bilangan penerbangan susulan berakhirnya perayaan Songkran.
10:02Setiausaha Tetap Kementerian dan Pengurusi Lembaga TAT, Nathria Tawi Vong berkata,
10:07pelan itu perlu dimuktamadkan dan dibentangkan untuk kelulusan menjelang Mei bagi membolehkan ia dilaksanakan segera.
10:16Beliau berkata halatuju pemasaran kini perlu diubah daripada kiraan pekerja kepada nisbah perbelanjaan
10:22memberikan lebih tumpuan kepada pasaran jarak jauh yang biasanya menjana pendapatan lebih tinggi berbanding pasaran Asia.
10:29Walaupun tarif baru Amerika Syarikat dijangka memberi kesan kepada ekonomi global,
10:34Kementerian itu percaya bahawa pelancong Eropah akan beralih ke destinasi Asia
10:38memberikan peluang kepada Thailand untuk menarik lebih ramai pelancong.
10:43Berdasarkan unjuran penerimaan pelancongan pada suku kedua 2025,
10:47pasaran ia berpotensi tinggi untuk Thailand termasuk Sweden, United Kingdom dan Austria.
10:53Sel surya yang diekspor ke Amerika Syarikat dari Malaysia, Kemboja dan Thailand dan Vietnam
11:00akan dikenakan duti anti-lambakan yang tinggi.
11:03Kadar Malaysia adalah yang terendah pada 8.59% antara duti anti-lambakan dan timbal balas CVD
11:11ke atas empat negara Asia Tenggara.
11:13Bagaimanapun, beberapa syarikat yang berpangkalan di Malaysia akan dikenakan duti setinggi 81.24%
11:20kerana mereka tidak bekerjasama dalam siasatan.
11:24Kenyataan Jabatan Perdagangan AS menyebut siasatan terhadap impor dari Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam
11:31mendapati syarikat di setiap negara menerima subsidi dari China.
11:37Keputusan itu sesulan siasatan berhubung kes yang difilkan oleh American Alliance for Solar Manufacturing Trade Committee tahun lepas.
11:44Yang mendakwa bahawa pengeluar China yang mempunyai kilang pengeluaran di Asia Tenggara
11:49membuang jumlah produk solar yang tinggi di Amerika Syarikat.
11:54Kumpulan perdagangan itu menuduh pengeluar solar China melakukan amalan perdagangan tidak adil
11:59dengan mengelak tarif ke atas sel solar dan panel solar
12:03dengan mengalihkan rantaian bekalan mereka dan menghantar produk mereka melalui Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
12:11Malaysia mengekspor produk solar bernilai 1.9 bilion dolar Amerika atau 8.31 bilion ringgit ke Amerika pada 2023.
12:21Sementara menerima subsidi boleh timbal pada perata 34.41%.
12:26Dan mereka juga memutuskan untuk menggunakan import sel Photovolten sama ada dipasang ke dalam modul atau tidak
12:32dengan marjin lambakan akhir sebanyak 271.28% untuk Vietnam, 125.37% untuk Kemboja dan 111.45% untuk Thailand.
12:45Duiti bagaimanapun masih bergantung pada keputusan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa,
12:50sebuah agensi Amerika Syarikat yang berasingan yang mempunyai tempoh sehingga 2 Jun 2025
12:55untuk membuat penentuan terakhir sebelum Jabatan Perdagangan mengakerasakan kewajiban tersebut.

Recommended