MIDF Amanah memaklumkan pihaknya telah menyemak unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus daripada 4.6 peratus sebelum ini, mencerminkan tinjauan yang lebih berhati-hati berikutan peningkatan ketidaktentuan global.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum, selamat pagi. Anda menyaksikan Niaga Awani bersama saya Haris Ashraf Hasnan dan untuk waktu ini sebenarnya kita banyak fokus dan juga tumpuan sepanjang 1 jam 30 minit saya akan bawakan kepada anda perkembangan terkini termasuklah apa yang boleh kita sifatkan dari segi KDNK.
00:16kerana keluaran dalam negara kasar KDNK sebenarnya memberi impak yang besar kalau kita teliti apa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, tarif yang diumumkan beliau itu akan memberi impak yang besar kepada KDNK bagaimana Malaysia mampu berdaya tahan dalam menjepani perkara ini.
00:36Ini akan menjadi fokus tumpuan untuk blok pertama ini. Namun sebelum itu saya mulakan dengan laporan terlebih dahulu.
00:43Sektor pengguna Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2025 didorong oleh aliran penggunaan penstrukturan dan kebolehlihatan pendapatan yang stabil walaupun tinjauan ekonomi makro yang lebih suram.
00:56Menurut MIDF Amanah Investment Bank Berhad, perbelanjaan isi rumah diunjurkan kekal stabil disokong oleh pelarasan gaji dalam setor perkhidmatan, bantuan kerajaan yang bersasar dan kesan asas yang menggalakkan.
01:13Bank pelaburan itu berpandangan segmen barangan keperluan pengguna berkemungkinan mengatasi prestasi, mendapat manfaat daripada permintaan bukan budi bicara dan pendahan terhad kepada kejutan luaran.
01:26Menerusi nota pendidikannya MIDF Amanah berkata berdasarkan pendapatan boleh guna yang meningkat, guna tenaga yang stabil dan inflasi boleh urus, pihaknya yakin penggunaan domestik akan kekal sebagai pendorong utama pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada 2025.
01:42Mengenai unjuran KDNK Malaysia 2025, MIDF Amanah memaklumkan pihaknya telah menyemak turun unjuran bagi 2025 kepada 4.0% daripada 4.6% sebelum ini mencerminkan tinjauan yang lebih berhati-hati berikutan peningkatan ketidaktentuan global.
02:03Penurunan itu disebabkan terutama oleh prospek ekspor yang lebih lemah apabila permintaan luas semakin lemah di samping pelaksanaan tarif AS yang memberi tekanan kepada sektor yang bergantung kepada perdagangan utama.
02:16Tambahnya walaupun pengeluaran perindustrian dan segmen berorientasi ekspor mungkin menghadapi penyusutan, impak ekonomi yang lebih luas dijangka dapat diimbangi oleh kekukuhan permintaan domestik.
02:29Pasaran buruh juga dijangka kekal sihat dengan kadar pengangguran diunjurkan pada purata 3.1% tahun ini disokong oleh pertumbuhan guna tenaga yang berterusan dan peningkatan penyertaan tenaga kerja.
02:44Walaupun inflasi dijangka meningkat didorong oleh rasionalisasi subsidi, inflasi makanan serta potensi peluasan cukai jualan dan perkhidmatan,
02:53tekanan inflasi keseluruhan berkemungkinan kekal dalam julat boleh urus dibantu oleh harga minyak mentah yang rendah dan indeks harga pengguna teras yang masih terkawal.
03:04Terima kasih telah menonton!