KDNK Malaysia dijangka berkembang 4.4% pada suku pertama 2025, menandakan kadar paling perlahan dalam setahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Okey, untuk waktu ini kita nak meneliti kepada KDNK awalan suku pertama 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan DOSM pada Jumaat lalu.
00:12Ada beberapa angka-angka yang penting yang perlu kita telitikan sebelum kita bersama dengan penganisis untuk melihat dari segi bagaimana KDNK suku pertama, jangkaan serta suku-suku yang akan datang melihat kepada faktor geopolitik dan sebagainya.
00:27Baik, kita lihat dahulu angka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia DOSM.
00:31Kalau kita telitikan, secara keseluruhannya DOSM mengunjurkan dalam tinjauan awal ataupun KDNK awalan yang dikeluarkan, anggarannya adalah pada 4.4% dari segi pertumbuhan ekonomi Malaysia.
00:49Sedikit rendah jika dibandingkan 5.0% pada suku keempat 2024.
00:55Permulaan tahun selalunya akan kadangkala kita akan nampak reflectnya begitu kalau year on year, kalau kita bandingkan 4.2% pada suku pertama 2024 dengan anggaran awal suku pertama 2025 adalah 4.4% dengan nilai keseluruhan 414.9 bilion ringgit.
01:16Okey, ini adalah dari segi jangkaan dan juga bagaimana prestasi anda boleh lihat timeline perjalanan ini, bagaimana pergerakan suku ke suku.
01:25Tetapi kita perlu lihat dari segi sektor terlebih dahulu.
01:28Saya nak bawakan anda dari segi sektor. Secara keseluruhan, pembinaan terus dilihat akan menjadi penyumbang terbesar untuk suku pertama 14.5% rendah berbanding 20.7% pada suku sebelum ini pada suku keempat 2024.
01:4414.5% untuk suku pertama dengan anggaran 5.2% untuk sektor perkhidmatan, 4.2% untuk pembuatan, negatif 4.9% untuk pelombongan dan pengkuarian.
01:59Bagi saya ada positif pro and consnya di sini kerana sudah tentu kita mula nak menggalakkan dari segi kelestarian, nak mula mengurangkan dari segi industri pelombongan dan pengkuarian.
02:09Saya percaya ini juga antara disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan, ini juga memberi cerminan kepada angka ini, negatif 4.9% mengapa industri pelombongan dan pengkuarian semakin menyusut sumbangannya kepada KDNK.
02:22Baik, kita lihat dari segi pertanian 0.7% dan bagaimana angka ini sebenarnya dari segi perkhidmatan dan juga mengikut kaedah pengeluaran ini akan memberi impak kepada suku pertama, itu kita nantikan angka rasmi.
02:36Baik, seterusnya kita nak meneliti dari segi pecahan, dari segi angka dan juga sumbangan kerana selain daripada kita nak tengok suku ke suku ini, kita perlu telitikan dari segi sektoral, sektor-sektor mana yang menjadi penyumbang kepada KDNK untuk tahun 2024 secara keseruhan ya, anggarannya.
02:5559.8% untuk perkhidmatan, 23% untuk dari sektor pembuatan, sumbangan sektor pembuatan, 5.7% pertanian 6.0% pelombongan dan pengkuarian, pembinaan 4.3%.
03:12Saya percaya 5.7% ini sebenarnya boleh pergi lebih tinggi lagi untuk satu pertanian, tapi nampaknya angkanya lebih rendah untuk kali ini.
03:21Baik, ini dari segi angka awalan dan juga preliminary yang dikeluarkan oleh DOSM kalau kita nak perincikan.
03:30Secara keseruhan boleh saya anggarkan bahawa pertumbuhan ini agak signifikan tetapi perlu berhati-hati.
03:37Kenapa perlu berhati-hati kerana kita perlu melihat apakah selepas ini dan juga bagaimana angka-angka ini akan mungkin berubah timeline ini disebabkan oleh tarif yang diumbangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Presiden dan juga bagaimana kita nak menentikan Trump akan menentukan dasar yang tidak tentu itu.