Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pencemaran di bandar kecil sempadan negeri Assam dan Meghalaya, India itu bukan sahaja berlaku pada musim sejuk, tetapi sepanjang tahun menyebabkan ramai penduduknya mengadu sesak nafas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang kanak-kanak perempuan menjadi antara mangsa terkini pencemaran udara teruk di Birnihad, sebuah bandar kecil perindustrian di Sempadan Negeri Asam dan Megalaya, India.
00:12Bandar itu baru-baru ini diisytihar sebagai kawasan metropolitan paling tercemar di dunia oleh kumpulan pemantau kualiti udara Switzerland IQ Air.
00:21Sumbaya Ansari, 2 tahun, terpaksa menerima bantuan oksigen selepas mengalami masalah penafasan yang berlarutan selama beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital pada Mac lalu.
00:33Seorang pegawai perubatan di Pusat Kesihatan Utama, Dr. J. Marak berkata, kes jangkitan penafasan di kawasan itu melunjak kepada 3,681 kes pada tahun ini berbanding hanya 2,082 kes pada tahun 2022.
00:46Penduduk tempatan teruk mengadu pencemaran udara teruk menyebabkan ruang kulit, kerengsaan mata serta kerusakan tanaman dan menyukarkan urusan harian termasuk menjemah pakaian di luar rumah.
00:56Data kerajaan mendedahkan tidak seperti bandar lain yang mengalami pencemaran hanya pada musim sejuk, pencemaran udara di Birnihad berlaku sepanjang tahun.
01:04Dengan kiri-kiri 80 buah industri beroperasi kebanyakannya dikategorikan sebagai berisiko tinggi, bakal menyatakan keadaan diburukkan lagi oleh pelepasan asap daripada kenderaan berat serta bentuk muka bumi Birnihad yang merupakan mangkuk yang menyukarkan pergerakan dan penyebaran zarah pencemar.
01:19Menurut data terkini IQR, perata tahunan kepekatan PM2.5 di Birnihad pada tahun 2024 menjejah 128.2 mikrogram per meter padu, lebih 25 kali ganda melebihi paras yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO.
01:35PM2.5 merujuk kepada zarah halus udara berukuran 2.5 mikron, tak lebih kecil yang mampu menembusi paru-paru dan dikaitkan dengan pelbagai penyakit maut termasuk masalah jantung.

Recommended