China yang menghentikan pembelian gas asli cecair (LNG) dari AS pada Mac, bertindak meningkatkan import bahan api itu dari Brunei selain Australia, dan Indonesia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Peran dagang antara China dan Amerika Syarikat secara tidak langsung menempiaskan manfaatnya untuk Brunei Darussalam.
00:07China yang menghentikan pembelian gas asli cejaran LNG dari Amerika Syarikat pada March,
00:12bertindak meningkatkan import bahan api itu dari Brunei selain Australia dan Indonesia.
00:18Menurut analisis data kastam China di petik RIA Novosti pada 2024,
00:23Amerika Syarikat adalah antara lima pembekal utama LNG ke pasaran China
00:28dengan jumlah ekspor sebanyak 4.15 juta tan bernilai $24 bilion.
00:34Pada Januari 2025, China membeli 194,200 tan LNG daripada syarikat Amerika Syarikat yang bernilai $124 juta.
00:44Namun jumlah itu merosot kepada 65,800 tan dengan nilai $14 juta pada Februari.
00:52Pada March, tiada sebarang penghantaran LNG dari Amerika Syarikat ke China direkodkan
00:57menjadikannya gangguan pertama sejak Jun 2022.
01:01Bagaimanapun, China menampung kekurangan itu dengan meningkatkan pembelian daripada negara jiran serantau.
01:07Indonesia mencatatkan peningkatan ekspor sebanyak 1.7 kali ganda kepada $330.7 juta.
01:13Manakala Australia meningkatkan bekalan sebanyak 18% kepada $778.4 juta.
01:21China turut menyumbang semula import dari Brunei dengan jumlah bernilai $51 juta pada March.
01:282 April lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif
01:32yang memperkenalkan tarif timbal balik terhadap import dari negara luar termasuk kadar tertinggi ke atas China.
01:38Langkah itu menyumbang kepada peningkatan ketegangan dalam perang perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia.
01:45Terima kasih telah menonton!