Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan keputusan pemilihan parti itu bagi penggal 2025-2028 sebagai satu isyarat jelas penolakan akar umbi terhadap budaya politik elit dan kartel dalam parti itu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Veteran PKR, ifatkan keputusan pemilihan parti itu bagi Penggal 2025-2028 sebagai satu isyarat jelas,
00:08pendolakan akan umbi terhadap budaya politik elit dan katel.
00:13Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,
00:16ramai tokoh besar yang pernah menang dalam pilihan raya pemilihan PKR 2022 di bawah kem katel Ayuh Malaysia
00:23kini tewas mengejut kepada calon-calon baru yang tidak memiliki nama besar maupun jawatan tinggi dalam kerajaan.
00:32Hassan dalam satu penyataan menjelaskan mereka yang menang bukanlah menteri, bukan juga timbalan menteri, bukan ahli parlimen
00:39tetapi mereka dekat dengan ahli-ahli akar umbi yang selama ini terasa dipinggirkan.
00:44Beliau menegaskan pemimpin yang dulunya didokong kuat oleh jentera parti semasa pilihan raya
00:48kini semakin menjauhkan diri daripada anggota biasa setelah berada di tampuk kuasa.
00:53Hassan malah mendakwa ada yang tidak lagi menjawab panggilan, mesej atau WhatsApp.
00:58Beliau menifatkan kekalahan tokoh-tokoh utama kartel dalam pemilihan kali ini
01:02sebagai hukuman demokratik daripada ahli akar umbi yang bosan dengan sikap elitis dan terputus hubungan dengan rakyat.
01:10Jelasnya lagi keputusan pemilihan cabang-cabang PKR yang berlangsung secara digital di seluruh negara
01:15merupakan satu bentuk revolusi demokrasi yang sedang menyapu bersih unsur politik kartel dan elit dalam parti.
01:22Tegasnya ia adalah proses pembersihan dalam PKR demi memulihkan idealizm perjuangan parti dan akar umbi
01:29telah memilih untuk menyelamatkan PKR daripada terus dicengkam budaya politik yang merosakkan dari dalam.
01:36Menurut Hassan, pemilihan kali ini membuktikan bahawa PKR masih mempunyai kekuatan dalaman
01:42untuk melakukan reformasi secara berterusan bermula dengan barisan kepimpinan di peringkat cabang yang lebih dekat dengan rakyat.
01:50Pemilihan kali ini menyaksikan beberapa kekalahan mengejut melibatkan pemimpin utama PKR yang sebelum ini dilihat sebagai tokoh penting parti.
01:58Antaranya Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad yang tewas kepada Dato' Aflin Shawki dalam perubutan jawatan ketua cabang setia wansa.
02:07Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akman Nasrullah Mohd Nasir, Akman Nasir juga gagal mempertahankan kedudukannya sebagai ketua cabang Johor Bahru.
02:18Ex-Ko Kerajaan Negeri Selangor, Roziah Ismail turut kecundang dalam saingan di cabang Ampang.
02:24Terima kasih telah menonton!