Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Tiga syarikat penerbangan China iaitu Air China, China Eastern Airlines dan China Southern Airlines, sebelum ini merancang untuk menerima penghantaran pesawat Boeing, antara 2025 dan 2027.
Transcript
00:00China telah mengarahkan syarikat penerbangan dari negara itu untuk tidak lagi menerima penghantaran pesawat Boeing.
00:07Ia merupakan tindak balas terbaharu terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggunakan tarif 145% ke atas barangan China.
00:16Tiga syarikat penerbangan China iaitu Air China, China Eastern Airlines dan China Southern Airlines sebelum ini merancang untuk menerima pesawat Boeing antara 2025 dan 2027.
00:31Bloomberg melaporkan Beijing juga telah meminta syarikat penerbangan China menghentikan pembelian peralatan dan alat ganti berkaitan pesawat daripada syarikat Amerika Syarikat.
00:40Tindakan China untuk menghentikan pembelian komponen berkaitan pesawat dijangka meningkatkan kos penyelenggaraan pesawat di negara itu.
00:49Ia susulan keputusan Beijing minggu lalu untuk menaikkan tarif ke atas import Amerika Syarikat kepada 125% sebagai tindakan balas terhadap tarif Amerika Syarikat yang mana akan meningkatkan kos pesawat Boeing yang akan dihantar ke syarikat penerbangan China.

Recommended