Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
1,089 Ketua Isi Rumah di Johor menerima bantuan khas kewangan RM3,000 setiap seorang akibat banjir Monsun Timur Laut, dengan pembayaran fasa kedua bermula hari ini.
Transcript
00:00Seramai 1089, Ketua Isi Rumah atau KIR Fasar Rayuan menerima bantuan khas kewangan bencana banjir monsoon Timur Laut, gelombang ke-5 yang mula disalurkan hari ini dan esok.
00:12Menteri Besar Johor, Dato' On Hafiz Ghazi berkata, KIR ini adalah mangsa banjir yang terjejas tetapi tidak mendaftar di pusat pemindahan sementara.
00:22Permohonan yang dihantar dalam tempoh rayuan menerusi pejabat daerah telah diluluskan dan 1089, KIR mendapat RM3,000.
00:31Jelasnya kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dengan menyalurkan pembayaran secara berfasa bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secepat mungkin kepada mangsa yang terjejas di mana fasa pertama pembayaran telah dilaksanakan pada 27 Mac lalu.
00:46Bagi fasa kedua, sejumlah RM3.267 juta telah diperuntukkan yang mana sebanyak RM3,000 akan disalurkan pada Jumaat dan Sabtu kepada setiap 1089, KIR yang telah mengemukakan rayuan di 6 pejabat daerah hingga 11 April lalu.
01:04Bantuan ini adalah hasil kerjasama antara kerajaan negeri, agensi pengurusan bencana negara NADMA, Majlis Agama Islam Johor MAEJ, pihak berkuasa tempatan PBT dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor PKPJ.
01:19Terima kasih.

Recommended