Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, ini kerana Malaysia menitikberatkan integrasi ekonomi, pengukuhan kolaborasi rantaian bekalan dan perindustrian serta menegakkan prinsip hormat dalam penglibatan dengan semua rakan kongsi, termasuk China.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kepercayaan yang Malaysia dan China akan terus memperkasa kerjasama bersama meskipun wujud pelbagai jurang geopolitik seantara dunia.
00:10Sultan Ibrahim bertitah ini kerana Malaysia menitikberatkan integrasi ekonomi, pengukuhan kolaborasi rantaian bekalan dan perindustrian serta menegakkan prinsip hormat dalam penglibatan dengan semua rakan kongsi termasuk China.
00:22Seri Paduka Baginda percaya terdapat potensi besar untuk syarikat dan pelabur China untuk menerah kepeluang di Malaysia kerana ia selari dengan kepentingan ketersambungan serantau dan pembangunan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Belt and Road oleh China.
00:40Dalam pada itu, dengan insentif strategik yang kukuh serta lokasi yang baik, Hab Kewangan Khas Forest City di dalam Zon Ekonomi Khas Johor Singapura, JSSEZ, telah muncul sebagai antara lokasi pelaburan utama rantau ini.
00:56Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berucap pada pertemuan bersama Xi Jinping di Istana Negara pada Rabu, sempena lawatan negara Presiden China itu ke Malaysia.
01:06Sultan Ibrahim turut berkenan menjemput kerajaan China untuk mempromosikan pertukaran bahasa antara kedua-dua negara.
01:16Baginda bertitah jumlah pertukaran pelajar antara Malaysia dan China semakin meningkat.
01:20Sehubungan itu, Baginda berhasrat memperkasa kursi pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University BFSU sebagai platform menghantar lebih ramai pelajar ke China
01:32bagi tujuan pertukaran ilmu dan kebudayaan selari dengan pengajian mereka.
01:39Terima kasih kerana menonton!