Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didakwa berpakaian menyerupai kumpulan pelampau bangsa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis menjalankan siasatan berhubung video itulah memaparkan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara UITM
00:06yang didakwa berpakaian menyerupai kumpulan pelampau bangsa.
00:10Ketua Polis Airasupang Assistant Commissioner Nurhizam Bahaman berkata
00:14pihaknya sebelum ini menerima laporan yang dibuat berkaitan video perkenaan
00:17kira-kira jam 7.24 petang pada selasa.
00:23Menurut Nurhizam, laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan yang menyatakan
00:27terdapat satu video yang dikatakan berkaitan diskriminasi kaum
00:31ekoran daripada video yang dimuat naik oleh salah seorang pelajar UITM Denkil.
00:36Katanya siasatan awal mendapati video itu dipercayai merupakan hasil daripada tugasan pelajar UITM
00:42bagi subjek contemporary, global and legal issues
00:45yang mana tugasan itu berkaitan dengan Ku Klux Klan KKK.
00:49Beliau menjelaskan setakat ini siasatan berkaitan video berkenaan masih dijalankan secara lanjut.
00:55Nurhizam menasihkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi
00:59atau berkongsi berita yang tidak benar yang boleh membawa kepada kegusaran awam.
01:05Terdahulu, UITM pada selasa mengesahkan video tular itu adalah sebahagian
01:09daripada sesi pembentangan tugasan ekademik.
01:13Naib Chancellor UITM, Prof. Datuk Dr. Syahrin Sahid berkata,
01:17ia bagi kursus contemporary, global and legal issues
01:20bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran penuntut
01:25terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
01:29Beliau berkata dalam sesi tersebut,
01:31pelajar telah memilih untuk membentangkan isu berkaitan diskriminasi kaum
01:35dan kebencian perasaskan warna kulit yang merupakan
01:39antara pelanggaran hak asasi manusia yang pernah berlaku di beberapa negara.
01:47Terima kasih.