Kerajaan Negeri Sabah disaran mengkaji semula kaedah pengiraan kadar kemiskinan yang digunakan ketika ini, agar lebih mencerminkan realiti sebenar kehidupan rakyat di negeri itu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan terpencil.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan Negeri Sabah disaran mengkaji semula kaedah pengiraan kadar kemiskinan yang digunakan pada ketika ini
00:05agar lebih mencerminkan realiti sebenar kehidupan rakyat di negeri itu, terutamanya buat mereka yang tinggal di kawasan terpencil.
00:13Carangan itu dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Seripang V, Dr. Saleh Said Keruak ketika sesi perbahasan persidangan Dun Sabah hari ini.
00:23Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan, saya percaya sudah tiba masanya kerjaan mengkaji semula kaedah pengiraan kadar kemiskinan yang digunakan pada masa ini.
00:35Pada saya ukuran kemiskinan tidak seharusnya bersifat angka semata-mata.
00:39Ia mesti mengambil kira kos sara hidup sebenar di Sabah, ekses terhadap kemudahan asas, serta realiti kehidupan masyarakat asal Sabah, khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpencil.
00:51Jelas beliau masih ramai rakyat yang secara statistiknya tidak lagi dikategorikan miskin, tetapi terus berdepan kesusahan kerana ketiadaan prasarana asas dan peluang ekonomi.
01:04Tambah beliau, kerajaan perlu memastikan setiap dasar dan bantuan yang dirangka benar-benar memberi impak kepada golongan yang memerlukan dengan mengambil kira keunikan geografi dan sosioekonomi masyarakat Sabah.
01:17Beliau berkata demikian ketika perbahasan ucapan dasar Tuan yang terutama di persidangan Dun Sabah pada Selasa.
01:25Terima kasih.
01:26Terima kasih.