Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4 days ago
Malaysia China membincangkan secara mendalam mengenai pemeteraian rasmi perjanjian pengecualian visa dan percaya langkah ini akan terus memudahkan pertukaran dua hala antara rakyat.
Transcript
00:00Malaysia-Cina membincangkan secara mendalam mengenai pemerintahan rasmi perjanjian pengecualian visa dan percaya usaha ini akan memudahkan pertukaran dua hala dalam beberapa sektor.
00:10Dalam satu kenyataan bersama Malaysia-Cina, kedua negara akan terus memperkukuh kerjasama pertukaran dalam bidang pendidikan, pelancongan, budaya dan sukan.
00:18Ia dilihat bakal memperkukuh persefahaman dan persahabatan antara rakyat, terutama dalam kalangan generasi muda.
00:24Tambah kenyataan itu, kedua-dua pihak akan memudah cara pelan pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Budaya Dua Hala 2024-2029 bagi melaksanakan aktiviti pertukaran budaya dalam pelbagai bentuk dan pengisian yang bermakna.
00:38Ini termasuk memperkukuh kerjasama dalam industri film dan animasi yang mana Malaysia akan memudah cara usaha pusat budaya Cina di Kuala Lumpur untuk terus mempromosikan pertukaran budaya antara kedua negara.
00:49Sementara itu, Cina berbesar hati melihat pandai di Malaysia disambut mesra oleh rakyat Malaysia sekaligus menjadi simbol penting persahabatan antara dua negara.
00:58Tambah kenyataan itu lagi, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus menjalinkan kerjasama dalam bidang dalam pendidikan mengenai pelindungan pandai dan berharap mencapai lebih banyak kemajuan dalam bidang ini.
01:08Terima kasih kerana menonton!

Recommended