Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
SPRM menahan reman seorang pemimpin kanan Parti Bersatu bergelar Datuk Seri atas dakwaan menerima suapan berhubung projek tambakan laut bernilai RM44 juta, dengan perintah reman selama enam hari sehingga 20 April.
Transcript
00:00Dan SPRM juga menahan reman seorang pemimpin kanan parti bersatu bergelar Dato' Sri atas dakwaan menerima suapan berhubung projek tambakan laut yang berlilai RM44 juta.
00:12Suspek berusia 61 tahun itu di reman selama 6 hari sehingga 20 April untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16, Sub-Seksyen A, Sub-Seksyen B Akta SPRM 2009.
00:24Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Magistrik Syarda Shinha Mohd Sulaiman selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat SPRM.
00:34Sebelum itu, suspek yang juga bekas timbalan speaker Dewan Negara dibawa ke kompleks mahkamah air keruh menaiki kenderaan khas SPRM dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga.
00:45Difahamkan, suspek yang ditahan pada jam 4.55 petang Isnen di Pejabat SPRM Melaka menerima rasuah berbentuk harta termasuk empat kenderaan mewah.
00:55Menurut sumber, suspek yang juga pengarah sebuah syarikat disiasat berhubung kerja-kerja projek tambakan laut di kota Laksmana membabitkan nilai RM44 juta sejak lima tahun lalu.
01:05Sementara itu, pengarah SPRM Melaka Adi Supian Syafie ketika dihubungi mengasahkan tekapan dan reman tersebut.
01:12Terima kasih.

Recommended