Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
China telah meletakkan pegawai-pegawai Kerajaan di Beijing dalam keadaan siap sedia dan melancarkan serangan diplomatik yang bertujuan menggalakkan negara-negara lain menolak tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Category

🗞
News
Transcript
00:00China telah meletakkan para pegawai kerajaan di Beijing dalam keadaan siap sedia dan melancarkan serangan diplomatik pada ahad.
00:08Tindakan ini bertujuan untuk menggalakkan negara-negara lain menolak tarif yang dikenakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
00:18Menurut Reuters, empat individu yang mengetahui perkara tersebut memberitahu pegawai itu memainkan peranan utama dalam membentuk respon China.
00:26Menurut sumber lagi, sebagai sebahagian daripada pendekatan permulaan konflik ini,
00:31pengawai kerajaan di Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan telah diarahkan untuk membatalkan rancangan percutian dan memastikan telefon bimbit mereka sentiasa dihidupkan sepanjang masa.
00:41Untuk tempoh beberapa bulan sebelum ini, diplomat China telah berusaha mewujudkan saluran komunikasi berperingkat dengan pentadbiran Trump bagi mempertahankan apa yang digambarkan oleh Kabinet China
00:53dalam kempen media kerajaan sebagai hubungan dagangan situasi menang-menang.
00:57Jumat lalu, Beijing mengumumkan kenaikan tarif ke atas import dari Amerika sebanyak 125%
01:03sekaligus sebagai tindak balas terhadap keputusan Trump sebelum ini yang menaikkan duti ke atas barangan China kepada 145%.
01:11Langkah ini diambil selepas White House terus menekan ekonomi kedua terbesar dunia itu dengan menaikkan tarif tambahan
01:18walaupun kebanyakan duti timbal balik ke atas puluhan negara lain sudah digantung sementara.

Recommended