Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata warisan budaya, adalah jambatan yang dapat menyatukan rakyat sebagai satu negara tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan budaya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Perpaduan Negara KPN akan memperbanyakkan lagi program bagi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap sambutan perayaan pelbagai kaum termasuk golongan minoriti seperti Siam demi menjamin keharmonian rakyat di negara ini.
00:15Menterinya Dato' Aaron Agudagam berkata warisan budaya adalah jambatan yang dapat menyatukan rakyat sebagai satu negara tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan budaya.
00:24Walaupun kumpulan Siam ini, kumpulan yang kecil etnik grup di Malaysia ini dan kita mempunyai banyak etnik grup yang minoriti macam ini di seluruh Malaysia, di Sabah Sarawak pun banyak dan kita bersama-sama lah meraihkan perayaan mereka ini dan sebab itu apabila saya dijemput untuk hadir kepada majelis ini, saya setuju terus lah.
00:51Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan 2025 di kampung Tasik Pengkalan Hulu, Perak pada Ahad.
01:01Aaron berkata apabila rakyat memahami kepelbagaian yang terdapat dalam negara, perkara itu akan membentuk kefahaman lebih mendalam, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu.
01:13Pesta Songkran yang berlangsung selama tiga hari sejak 11 April diserikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan tradisional Songkran, pameran budaya dan makanan tradisional.