Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan terdapat gangguan kualiti air mentah akibat pencemaran di muka sauk LRA Wakaf Bunut, Pasir Puteh Jumaat lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat Air Kelantan sedang berhad. AKSB memaklumkan terdapat gangguan kualiti air mentah akibat pencemaran di muka saut loji rawatan air LRA Wakaf Bunut Pasir Putih Jumaat lalu.
00:13Menurut AKSB, atas faktor keselamatan dan keperluan siamakan lebih terperinci, pihak Suranjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN, memaklumkan loji tidak boleh beroperasi atau menghentikan tugas untuk sementara waktu.
00:25Menurut kenyataan AKSB, Sungai Rasau adalah aliran masuk ke muka saut LRA Wakaf Bunut dan lokasi kejadian ialah hulu kepada sungai.
00:37Tambah kenyataan, LRA itu menjadi sumber bekalan air mentah kepada LRA Wakaf Bunut yang disyaki telah tercemar dengan racun akibat ikan mati di kolam peliharaan berdekatan.
00:50Lawatan ke lokasi bersama pihak SPAN dan Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan, JSANK, dilakukan pada Sabtu bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
01:03SPAN Kelantan bersama AKSB turut melakukan tinjauan di empangan pengairan JPS di Sungai Rasau dan mendapati terdapat ikan di sungai telah mati.
01:13Pengoperasian loji hanya boleh dilakukan setelah mendapat pengesahan air mentah adalah selamat untuk diproses oleh JSANK atau Jabatan Alam Sekitar.
01:25AKSB akan memperluas agihan bekalan air dari LRA Merbau Cundung ke kawasan Wakaf Bunut melalui Pampenggalak Padang Pak Amat.
01:34Sebanyak empat lori tangki AKSB dibantu dua lori air kontrak telah digerakkan bagi membantu primis terjejas seperti hospital dan sekolah selain akan mendapatkan bantuan lori tangki daripada operator terdekat iaitu syarikat air Terengganu.
01:51Terima kasih kerana menonton!

Recommended