Penetapan harga yang lebih rendah itu perlu dilakukan selaras dengan harga belian padi semasa iaitu RM1,500 bagi satu tan dan bukannya pada harga RM1,800.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia Pesawah Menggesa, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM
00:07mengambil langkah segera untuk menurunkan harga belian padi bagi musim pertama tahun 2025.
00:14Menurut pengerusinya, Abdul Rashid Yub, penetapan harga yang lebih rendah itu perlu dilakukan selaras dengan harga belian padi semasa
00:22iaitu RM1,500 bagi satu tan dan bukannya pada harga RM1,800.
00:30Tambahnya, harga belian padi semasa iaitu pada harga RM58 satu beg 20kg sangat membebankan para petani yang turut terkesan
00:39dengan peningkatan kosara hidup dan kadar sewa jentera untuk tanaman padi pada masa ini.
01:00Selain itu, Abdul Rashid berkata, pemakluman sudah dibuat kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu pada Februari
01:21dan berharap ia dapat diselesaikan sebelum bermulanya fasa pertama penanaman padi melibatkan Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Mada 16 April ini.
01:32Sementara itu, seorang lagi petani yang ditemui, Syukri Baharum berkata, penurunan harga benih padi perlu disegerakan
01:39selain pemberian subsidi benih diteruskan kepada golongan tersebut.
01:43Jadi, kita minta subsidi yang mana diberi kepada benih padi untuk kelang itu dikembalikan kepada petani
01:52mengikut kadar yang tertentu. Kita meningkat subsidi benih itu dipulangkan kepada petani.