• 9 hours ago
Peniaga tetap teruskan perniagaan walaupun khemah dinaiki air

Biarpun khemah perniagaan mereka dinaiki air pada Khamis susulan limpahan air sungai Johor akibat hujan lebat sejak Rabu, peniaga di tapak Bazar Ramadan Kota di Kota Tinggi, tetap bersemangat meneruskan perniagaan masing-masing, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati golongan peniaga sibuk mengemas barangan jualan masing-masing bagi memulakan semula perniagaan pada minggu terakhir Ramadan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #banjirJohor #bazarramadan

Recommended