• 2 days ago
Empat R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri - Wan Rosdy

Empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara yang dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta dijangka siap beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan negeri menerima banyak aduan daripada pengguna yang mengalami kesukaran untuk mencari tempat berehat, menukar lampin bayi dan menggunakan tandas sepanjang perjalanan ke Kelantan serta sempadan negeri ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718487/edisi/pahang/empat-rr-sementara-di-ltu-siap-sebelum-aidilfitri---wan-rosdy

#SinarHarian #BeritaSemasa #4RnRsementara #wanrosdy

Recommended