Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas lima pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk bahan lucah, pada Disember 2024 lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tertuduh Lim Xin Yi, 31 yang bekerja sendiri berdepan tiga pertuduhan, sementara pemandu e-hailing, Goh Kien Yoong, 37 pula berdepan dua pertuduhan berasingan membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Mandarin, oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 terhadap Kien Yoong dan RM5,000 terhadap Xin Yi selain menetapkan 13 Februari 2025 bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #milikibahanlucah #JohorBahru

Category
🗞
News