• 11 hours ago
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan wang RM200 juta, dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan serta didengar bersama, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabungkan kes-kes itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707461/berita/semasa/kes-muhyiddin-4-salah-guna-kedudukan-3-amla-dibicarakan-bersama

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #MuhyiddinYassin

Recommended