• last month
The proposed levy system for implementing a targeted subsidy mechanism on RON95 petrol could exclude some of the poorest households from receiving assistance, says Rafizi Ramli.

During Minister’s Question Time in Parliament on Tuesday (Nov 12), the Economy Minister explained that around 40% of low-income households do not have vehicles registered in their names with the Road Transport Department (JPJ), which could prevent them from qualifying for the subsidy under the levy system.

Rafizi explained that the levy system is one of three proposals under consideration, though the government currently favors a two-tier pricing system, adding that the third option - direct cash payments to eligible individuals - raises concerns about potential price hikes and inflation.

Read more at https://tinyurl.com/2p5hbxat

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelaksanaan penyasaran subsidi ini melibatkan dua bahagian utama.
00:05Bahagian pertama, yaitu penentuan golongan 85% yang layak berdasarkan kedudukan sosioekonomi isi rumah,
00:15yang akan mengambil kira pendapatan bersih.
00:18Pendapatan bersih ialah pendapatan kasar ditolak bayaran wajib seperti cukai, caruman, zakat dan seumpamanya,
00:29turut akan mengambil kira tanggungan dan juga kos sara hidup berdasarkan lokasi.
00:35Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM telah memperkenalkan perbelanjaan asas kehidupan wajah
00:45atau PEKW mengikut daerah di seluruh Malaysia sebagai nilai ambang perbelanjaan
00:52sesebuah keluarga mengikut jumlah tanggungan untuk menjalani kehidupan wajah.
00:58Nilai ambang perbelanjaan isi rumah ini mengambil kira perbelanjaan yang lebih besar.
01:04Selain daripada kos biasa seperti makanan, perumahan, tenaga dan sebagainya,
01:10kos-kos lain untuk sebuah keluarga menikmati hidup bermaruah dan turut serta di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan juga diambil kira.
01:23Bahagian kedua pelaksanaan penyasaran subsidi ini melibatkan pelaksanaan penyasaran subsidi di stesen-stesen minyak.
01:32Ini melibatkan pengesahan kelayakan seseorang mengambil kira kedudukan sosioekonomi isi rumahnya seperti yang saya terangkan tadi,
01:42menggunakan seterusnya beberapa kaedah yang sedang dipertimbangkan contohnya kad pengenalan dan juga e-dompet dengan izin e-wallet.
01:53Secara umumnya, bahagian pertama yaitu penentuan kelayakan dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi
02:01dan bahagian kedua yaitu pelaksanaan mekanisme pembelian RON95 menggunakan harga dua peringkat di stesen minyak
02:10akan dibangunkan oleh Kementerian Kewangan.
02:14Pada tempoh ini, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang meneliti dan memperhalusi mekanisme terperinci pelaksanaan subsidi RON95
02:25menggunakan prinsip-prinsip yang dihuraikan tadi.
02:29Kriteria dan mekanisme akhir akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selaras dengan garis masa pelaksanaan yaitu menjelang pertengahan tahun 2025.
02:40Dalam hubungan ini, Kerajaan yaitu Kementerian Ekonomi dan sudah pasti Kementerian Kewangan
02:47yang akan menumpukan kepada usaha untuk melaksanakan mekanisme di stesen minyak
02:55mengambil maklum pelbagai cabaran yang bakal dihadapi seperti mekanisme kad perkenalan untuk mengesahkan kelayakan.
03:03Cabaran-cabaran yang disebut oleh Pulai tadi seperti isu infrastruktur, capaian internet, sama ada chip card itu semuanya berjalan dengan baik
03:14itu sedang diambil kira dan diperhalusi dan sedang dalam pembangunan di antara pihak Kementerian Kewangan
03:22dengan pemain industri dan mereka yang akan melaksanakan perkara ini
03:27dan insya Allah perkara-perkara ini semuanya akan diambil kira untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi ini berjalan dengan baik.
03:37Terima kasih.
03:40Terima kasih jawaban daripada Menteri.
03:44Saya ingin sampaikan maklumat berkenaan dengan psikologi semasa membeli minyak itu.
03:52Semasa membeli minyak di stesen ini sebenarnya kebanyakan pembeli ini nak perkhidmatan yang segera, cepat.
04:00Kalau kita dua minit saja kita lewat, kita akan mungkin dimarahi oleh pembeli-pembeli ini.
04:08Jadi kekhawatiran saya di sini adalah bila menggunakan kad penalan untuk semakan kemudian kena buat carian dengan cloud dan sebagainya
04:17dalam keadaan stesen minyak di seluruh negara ada 4 ribu dilaksanakan secara real time
04:24tentulah ia akan boleh menyebabkan kelewatan untuk mendapatkan pengesahan itu.
04:30Ini adalah masalah yang bakal akan dihadapi.
04:34Dan saya lebih tertarik dengan satu pendekatan secara dipanggil bayaran secara levy petrol ini.
04:43Maksudnya adalah bayaran levy petrol ini semasa mereka renew Rotek mereka, mereka bayar levy itu secara purata berapa.
04:51Jadi maknanya kalau mungkin tahun depan pada tahun itu subsidi-nya naik mungkin levy-nya akan naik.
04:57Bermaksud ini pendekatan war on sugar, boleh minum tetapi bayar 4%.
05:04Maknanya boleh gunakan subsidi itu tetapi kena bayar levy petrol untuk memudahkan proses.
05:10Jadi levy petrol itu saya rasa ia lebih mudah karena tidak menyebabkan perubahan kepada kaedah itu.
05:16Tidak perlu buat carian, tidak perlu menambahkan crowd dan sebagainya.
05:21Jadi soalan saya, apakah pandangan menteri untuk perkara ini?
05:26Baik, terima kasih.
05:28Terima kasih Tansri yang dipertua dan terima kasih atas cadangan yang dibuat oleh Pulai.
05:34Dalam kita meneliti cadangan-cadangan terbaik untuk melaksanakan ini,
05:42ada beberapa perkara yang kita perlu ambil pertimbangan yang paling penting.
05:48Pertama, pertimbangan yang sering diberi perhatian ialah soal kesannya kepada kenaikan harga barang.
05:58Saya sudah bentangkan semasa penggulungan tempoh hari minggu lepas,
06:02bahwa dalam keadaan sekarang yang kita sama-sama sedang menangani kos sari hidup,
06:08perkara yang kita perlu elakkan ialah melonjaknya inflasi.
06:14Karena kita telah tengok pelaksanaan GST dan juga pengapungan harga minyak,
06:19bermula tahun 2015 itu telah menyebabkan antara tahun 2015 hingga 2018,
06:26kenaikan harga makanan dan inflasi antara 3 ke 7% secara berterusan.
06:34Kita juga mewarisi kenaikan inflasi yang mendadak semasa tahun 2021 ke 2022.
06:42Dan Dewan sedia maklum bahwa apabila inflasi itu naik, harga barang itu kekal di situ.
06:50Dan satu-satunya cara untuk kita menangani kos sari hidup ini
06:55ialah dengan memastikan kenaikan gaji itu lebih cepat daripada kenaikan inflasi.
07:01Semasa kerajaan membincangkan dalam tempoh 20 bulan yang lepas,
07:05semua perkara ini telah diperhalusi.
07:08Pertama, kaedah memberi bayaran tunai,
07:12yaitu harga dinaikkan tetapi dipulangkan balik dalam bentuk bantuan bulanan.
07:17Kedua, seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan,
07:21menggunakan kaedah harga dua peringkat yang melibatkan stesen minyak.
07:27Ketiga, sama ada boleh digunakan seperti yang disebut oleh Pulai
07:33ataupun sebelum ini Air Hitam,
07:35yaitu menggunakan levy mengikut pemilikkan kendaraan.
07:39Saya ulas mengenai bayaran tunai.
07:42Secara umumnya, ahli ekonomi rata-rata mengatakan bahwa
07:49mengadakan bayaran tunai itu lebih baik
07:52karena dia tidak melibatkan operasi di stesen minyak.
07:56Sebarang operasi di stesen minyak
07:58akan menyebabkan masalah operasi seperti yang Pulai sebut,
08:03yaitu untuk memastikan kelancaran pembelian minyak itu.
08:07Tetapi bila kerajaan melihatkan risiko kenaikan harga barang,
08:12karena kita sedia maklum kalau naik saja harga minyak,
08:16itu akan menyebabkan inflasi itu,
08:18walaupun tidak terkesan kepada peniaga tertentu,
08:22itu akan jadi alasan.
08:24Jadi keutamaan kerajaan ialah mengawal inflasi
08:28berbanding dengan kita kaedah-kaedah lain.
08:32Itu perkara yang pertama.
08:34Bersabit dengan cadangan Pulai untuk menggunakan levy
08:39kepada pemilikkan kendaraan,
08:42Padu telah pun memadankan pemilikkan kendaraan
08:48dengan semua pendaftaran kendaraan yang ada di JPG.
08:54Saya boleh memaklumkan kepada Dewan
08:57bahwa secara kasarnya,
08:59sekitar 40% daripada keluarga B60 itu
09:05tidak ada pendaftaran pemilikkan kendaraan.
09:09Jadi kita ada masalah karena walaupun kita kata di peringkat atas,
09:13bukankah lebih baik kita menggunakan pendaftaran kendaraan
09:18untuk mengendalikan penyasaran semula subsidi,
09:22hakikatnya bagi keluarga-keluarga terbawah,
09:25mereka sebenarnya tidak ada pun pendaftaran kendaraan
09:29karena satu keluarga mungkin dia menggunakan motor
09:33atas nama pendaftaran orang lain.
09:35Kita juga telah lalui perkara ini
09:37semasa pelaksanaan penyasaran diesel contohnya,
09:42yang mana orang menggunakan nama orang lain
09:45untuk menggunakan kendaraan itu.
09:47Jadi data awal ini menunjukkan
09:49ada ketidakpadanan yang besar
09:52akibat amalan yang berlainan di bawah
09:55karena sama ada orang sambung bayar
09:57ataupun ibu bapa dia beli untuk orang lain
10:01ataupun pengguna nama orang lain
10:03dan pada peringkat sekitar 40%
10:07daripada isi rumah sasaran kita itu
10:10sebenarnya tidak ada dalam sistem JPG
10:13karena mereka menggunakan nama yang lain
10:15maka untuk kita menggunakan kaedah
10:18pendaftaran kendaraan itu
10:20sebenarnya risiko kececeran adalah lebih besar.
10:24Jadi tansi yang dipertua saya nak rangkumkan
10:26memang tidak ada satu kaedah yang sempurna.
10:30Mana-mana kaedah akan melibatkan sedikit risiko
10:34dari segi masalah operasi,
10:38sedikit risiko penipuan,
10:40sedikit risiko dari segi kos.
10:44Tetapi yang paling utama
10:46kerajaan meletakkan keutamaan
10:49mengawal harga barang dan mengekang inflasi itu
10:52mengatasi segala-galanya.
10:54Dan atas pertimbangan itulah
10:57walaupun kita sedia maklum bahawa
10:59pelaksanaan melalui kaedah harga dua peringkat ini
11:02ada risiko pelaksanaan disiesil minyak
11:05ini adalah sesuatu yang boleh diperbaiki
11:08dari semasa ke semasa
11:10berbanding contohnya
11:12kalau ia dilaksanakan dan menyebabkan inflasi naik mendadak
11:16untuk membaiki itu dan menurunkan harga barang
11:20sebenarnya lebih susah
11:22dan itu akan lebih membebankan rakyat di masa akan datang.
11:25Terima kasih tansi yang dipertua.
11:35Terima kasih.

Recommended