• 3 months ago
Saya tak kuat, 10 bulan lalu 'hilang' suami, kini 'hilang' dua anak'

Saya tak kuat, baru 10 bulan abah mereka pergi, ini pula saya kehilangan dua anak," kata ibu tunggal, Norizan Ujak, 40, apabila dua orang anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong pada petang Isnin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/687291/berita/semasa/saya-tak-kuat-10-bulan-lalu-hilang-suami-kini-hilang-dua-anak

#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalangan #Krubong

Category

🗞
News

Recommended