• 3 days ago
Geng trak tunda empat negeri bantu mangsa banjir di Tumpat

Sebanyak 70 trak tunda dari empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur memberikan perkhidmatan percuma bagi membawa kenderaan ditenggelami banjir di daerah ini ke bengkel, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Penasihat Towing Terengganu & Kelantan, Wan Mohd Izani Wan Hassan, berkata, bantuan dilakukan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat melalui Program Komuniti Policing di Pantai Sri Tujoh, Tumpat pada Sabtu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702209/edisi/kelantan/gang-trak-tunda-4-negeri-bantu-mangsa-banjir-di-tumpat

#SinarHarian #BeritaSemasa #traktunda #mangsabanjir tumpat

Recommended