• 2 months ago
"Tanda pertama seorang isteri terkena sihir pemisah rumahtangga diri mereka mimpi bersetubuh dan dia rasa puas yang amat sangat. Ingat ya, itu bukan mimpi tapi memang benar sedang berjimak dengan jin."

Kemudian, diikuti badan sakit-sakit, perut jadi kembung dan macam-macam sakit. Lepas tu, rumahtangga akan mula huru-hara dan kita akan sentiasa bergaduh dengan pasangan sampailah berpisah," demikian kongsi pengamal perubatan, Mama Don.

Menurut perawat ini lagi, dirinya pernah merawat seorang ustazah yang disihir kerana menolak cinta seorang lelaki.

"Ada 44 ekor jin yang dihantar kepadanya kerana lelaki ini berkata, tak ada siapa boleh dapat dirinya. Masa merawatnya, badannya melentur macam citer seram Ju-On.

Hal sama juga orang tua yang memakai susuk ketika muda.
"Ketika saya merawatnya, mukanya sudah lumpuh sebelah. Anaknya menjerit ketika saya bacakan ayat rukyah kerana tempat emaknya pakai susuk tu bergerak-gerak," katanya berkongsi pengalaman sebagai pengamal perubatan islam ketika merawat pesakit-pesakitnya.

Ikuti kisah penuh temubual Sembang Wanita Xtra ini di YouTube dan FB Mingguan Wanita

#mingguanwanita #sembangwanitaxtra

Recommended