• last week
Ini kisah paling kak Pah tak boleh lupa. Seorang gadis yang menjadi banduan akhir. Kak Pah jumpanya ketika program Ramadan di penjara. Usianya 26 tahun.

Dalam kisahnya pada kak Pah, waktu itu dia belajar di kolej ketika usianya 18 tahun. Pagi itu dia masih dalam kelas sampailah dia rasa nak beranak. Terpaksa bersalin seorang diri sedangkan dia dalam ketakutan. Sebab takut dia flush anak dilahirkan ke lubang jamban.

Kalau kak Pah di tempatnya mungkin kak Pah juga buat begitu kerana ketakutan dan tak tahu hendak buat apa. Masa yang sama, kak Pah dapat rasakan dia anak yang baik namun berada di tempat yang salah dan kenal lelaki yang salah. Dan anak ini perlu dibantu kerana keluarganya juga sangat supportive.

Masa kesnya dibawa ke mahkamah, kak Pah memang nekad akan ambil peguam untuk membela dirinya. Tapi Allah itu maha penyayang bila mana hakim Mahkamah Rayuan memutuskan dirinya tak bersalah.

Kak Pah ingat lagi ayat Hakim, "kamu bebas bebas berjalan keluar, masa dengar garinya dibuka itu, hati kak Pah menangis syukur.

Inilah pengalaman dilalui oleh aktivis masyarakat, puan Natipah Abu yang aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan membantu orang dalam kesusahan.

#mingguanwanita #sembangwanitaxtra #natipahabu #podcast #vodcast

Recommended