Penumpang menggunakan lapangan terbang naik 2 peratus

  • 3 hari lalu
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbangnya meningkat pada bulan Mei.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata jumlah penumpang yang menggunakan 39 lapangan terbangnya di Malaysia dan satu di Turkiye, meningkat kepada 11.2 juta orang daripada 11 juta orang pada bulan sebelumnya.