Kadar positif DTI Bukit Jalil 18.3 peratus, DTI Semenyih 3.7 peratus, DTI Sepang 2.4 peratus - KKM

  • 2 tahun lalu
Menurut data oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 29 Mei 2020, kadar kes positif COVID-19 bagi depoh tahanan imigresen (DTI) Bukit Jalil adalah 18.3 peratus, manakala DTI Semenyih 3.7 peratus, dan DTI Sepang 2.4 peratus, jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Tambahnya, terdapat empat kluster aktif setakat ini termasuk, kluster Pedas, kluster Pudu, kluster Syarikat Pembersihan dan kluster Madrasah Sungai Salan.