Kiswah baharu Kaabah sudah diserahkan

  • 4 hari lalu
Timbalan Gabenor Wilayah Mekah, Putera Saud bin Mishal bin Abdulaziz pada Isnin menyerahkan Kiswah Kaabah kepada penjaga dua kota suci.
Memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al Rabiah menerima kiswah itu bersama timbalan ketua penjaga Abdul Malik bin Taha Al Shaibi.
Kiswah Kaabah itu akan ditukar pada 1 Muharam depan sebagai permulaan tahun baharu Islam.