Musim Haji 1443H | Pembuatan kiswa baharu Kaabah

  • 2 tahun lalu
Tradisi yang sudah dimulakan sejak berabad lamanya, kelambu Kaabah atau kain hitam yang dipanggil kiswa akan ditukar yang baru pada setiap 9 Zulhijjah, iaitu pada musim haji.

Ketika jemaah haji yang datang dari seluruh dunia memulakan ibadah haji mereka, hampir 200 tukang sulam dan tukang jahit mahir terlibat menghasilkan kiswa Kaabah.

Tukang sulam dan pekerja mahir ini dianggap satu kerjaya yang suci, mereka diberi pengiktirafan khusus oleh Raja Arab Saudi.

Nazri Kahar dan jurukamera Ruzi Mat Saman berpeluang meninjau pembuatan kiswa kaabah di kompleks kilang pembuatan kiswa King Abdul Aziz di Mekah.