• 5 months ago
Kesedihannya bukan dibuat-buat. Air mata Dato' Jasmine Raj terbit dari hatinya yang sakit, bukan kerana perit kanser yang ditanggung tapi luhur dari jiwa seorang ibu yang kehilangan anak sulung akibat kecelakaan jalan raya.

Biar mata bengkak menangis, kaki longlai melangkah, usahawan berjiwa kental ini cekal meneruskan hidup dengan semangat luar biasa. Dato' Jasmine Raj berkongsi detik pilu mendiang George menghembuskan nafas terakhir, kisah persahabatannya dengan Datuk Chef Wan yang juga cancer survivor serta banyak inspirasi untuk wanita terus kuat mendepani ujian.

#majalahnona
#inspirasinona

Recommended