Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun

  • 10 hari lalu
Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun

BERITA SEMASA 10 MEI 2024

Perbuatan terkutuk seorang bapa merogol anak kandungnya sejak usia mangsa 12 tahun sehingga melahirkan anak akhirnya terhukum apabila Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan lima sebatan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli .

Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.

Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira pertimbangan rayuan dibuat tertuduh serta faktor pemberatan dihujahkan Timbalan Pendakwa Raya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663578/berita/semasa/rogol-anak-hingga-lahirkan-bayi-bapa-durjana-dipenjara-20-tahun

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Mahkamah #Rogol