PRK KKB: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi semasa kempen

  • 2 bulan lalu
PRK KKB: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi semasa kempen

BERITA SEMASA 28 APRIL 2024

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.

Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa ijazah sarjana muda.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661773/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-harap-tiada-lagi-serangan-peribadi-semasa-kempen

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKkualakububaharu #PRK #KualaKubuBaharu #CalonPN

Disyorkan