PRK KKB: Polis jamin keselamatan pengundi

  • 2 bulan lalu
PRK KKB: Polis jamin keselamatan pengundi

BERITA SEMASA 9 MEI 2024

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan penduduk dan orang ramai yang akan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berada dalam keadaan terkawal, pada Sabtu ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pasukan keselamatan telah menggerakkan kekuatan anggota yang mencukupi di kawasan yang menjadi tumpuan itu.

Jelasnya, perbincangan beliau dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada petang Rabu(Rabu) berkait dengan keselamatan sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

Beliau berkata, pihak polis sedia mengawal keselamatan sepanjang empat hari hingga hari pengundian.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663736/berita/politik/prk-kkb-polis-jamin-keselamatan-pengundi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #PDRM #KDN #PRKKualaKubuBaharu

Disyorkan