Lelaki kekal dilepas, dibebas tuduhan rogol budak umur 4 tahun

  • 13 hari lalu
Lelaki kekal dilepas, dibebas tuduhan rogol budak umur 4 tahun

BERITA SEMASA 7 MEI 2024

Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun pada 2019, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu setelah meneliti dan menimbang hujahan kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata, rayuan perayu ditolak, justeru keputusan diberi Mahkamah Seksyen pada 23 Oktober lalu dikekalkan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663306/berita/semasa/lelaki-kekal-dilepas-dan-dibebaskan-tuduhan-rogol-budak-umur-4-tahun

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Mahkamah