Mangsa kebocoran gas ammonia stabil - Menteri Kesihatan

  • 4 bulan lalu
Kesemua mangsa insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Shah Alam semalam berada dalam keadaan stabil. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan 18 mangsa telah dibawa ke tiga hospital berasingan iaitu lima mangsa di HTAR Klang, 10 mangsa di Hospital Shah Alam dan tiga di Hospital Sungai Buloh.