Najib hanya terima belas ihsan, bukan pengampunan penuh

  • 5 bulan lalu
: Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, sistem Perlembagaan Persekutuan memperakui kewujudan Lembaga Pengampunan, dan ia boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan tiga perkara – pengampunan penuh, penundaan hukuman, atau melegakan (mengurangkan hukuman).