12 maut, 18 hilang akibat tanah runtuh di Sulawesi

  • 7 hari lalu
Sekurang-kurangnya 12 maut dan 18 hilang selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di lombong emas haram di kepulauan Sulawesi, Indonesia hujung minggu lalu.

Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) berkata tanah runtuh di daerah Suwawa, wilayah Gorontalo itu mengorbankan pelombong dan penduduk yang tinggal berhampiran lombong itu.

Disyorkan