Sarjan didakwa rogol pelajar ditahan

  • 6 bulan lalu
Sarjan didakwa rogol pelajar ditahan

BERITA SEMASA 29 JANUARI 2024

Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang disyaki terlibat dalam kejadian merogol pelajar perempuan Tingkatan Empat, tahun lalu ditahan pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah telah direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihaknya telah mengambil keterangan mangsa dan saksi-saksi terlibat bagi melengkapkan siasatan.

Minggu lalu Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa dirinya dirogol anggota polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah dalam kejadian tahun lalu.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

Pada masa sama, polis memberi jaminan siasatan secara telus dan adil dijalankan dengan siasatan secara menyeluruh tanpa sesekali melindungi meskipun suspek terlibat merupakan anggota polis.

Artikel Berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/646780/berita/semasa/sarjan-didakwa-rogol-pelajar-ditahan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #RogolPelajar #Sarjan #Reman

Disyorkan