Sembilan pelajar didakwa buli junior hingga parah

  • 2 tahun lalu
Sembilan pelajar didakwa buli junior hingga parah

BERITA SEMASA 5 SEPTEMBER 2022

Seramai sembilan pelajar lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan, Perak pada Isnin atas pertuduhan menyebabkan cedera parah kepada seorang pelajar Tingkatan 2, Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Kesemua tertuduh berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Majistret Nur Faizah Mohamad Saleh dalam prosiding dilakukan secara tertutup.

Mengikut kertas pertuduhan, pelajar terbabit didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa berusia 14 tahun di bilik asrama lelaki aspura di sebuah sekolah di Jalan Changkat Jong sekitar jam 12.30 tengah malam pada 23 Jun lalu.

Artikel: https://bit.ly/3AONdIj

Muzik: Elevate dari Bensound

#SinarHarian #BeritaSemasa