Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah

  • 6 bulan lalu
Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah

BERITA SEMASA 23 JANUARI 2024

Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru pada Selasa atas dua pertuduhan memiliki serta mengambil dadah pada 2019, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Platun lagu Untukmu Ibu itu didakwa memberi dadah kepada diri sendiri dadah jenis Methamphetamine pada jam 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Mamat juga mempunyai kesalahan berulang memberikan dadah kepada diri sendiri pada 2016 dan 2018.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645816/berita/hiburan/mamat-exists-didakwa-ambil-miliki-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #dadah #MamatExist

Disyorkan